Dimulakan pada tahun 2024, Program Tuisyen Laman Ilmu merupakan sebuah program tuisyen yang percuma, terbuka kepada pelajar Darjah 4, 5 dan 6. Fokus utama program tuisyen ini adalah untuk memantapkan penguasaan pelajar sekolah rendah dalam tiga matapelajaran STEM utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu di Masjid An-Nur, Sibu, para pelajar bukan sahaja berpeluang untuk belajar bersama-sama pelajar dari sekolah yang berlainan di masjid utama Sibu, malah diajar oleh guru-guru cemerlang yang berpengalaman.
Pada tahun ini, kuota untuk setiap darjah adalah seramai 25 orang dimana pelajar yang berdaftar akan disaring melalui ujian diagnostik.
HARAP MAAF
Pendaftaran pelajar untuk sesi 2025 telah ditutup.
Kemasukan pelajar sesi 2026 akan diumumkan pada masa akan datang melalui media sosial kami.