Ahli Jawatankuasa Protem RPS pada tahun 2019
Kelab Belia Rumpun Pewaris Bandar Sibu atau lebih lebih dikenali dengan panggilan pendeknya RPS merupakan sebuah persatuan pertubuhan bukan-untung yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Yang Berhormat Haji Datuk Dr. Annuar Rapaee. Tujuan RPS ditubuhkan sebagai sebuah persatuan khas untuk golongan belia di Sibu dengan penekanan pada pembangunan belia dari segi pendidikan, kesukanan, kesukarelawan dan sosial.
Pada detik penubuhannya, RPS yang dikenali dengan nama Kelab Belia Pewaris Jalan Bandong hanya mempunyai seramai 12 orang ahli yang terdiri daripada ahli jawatankuasanya sendiri pada ketika itu. Selepas penubuhannya, RPS telah melalui fasa 'tidak aktif' dimana semua AJK sibuk bekerja dan melanjutkan pelajaran masing-masing di menara gading. Namun pada tahun 2021, setelah rombakan AJK, RPS kembali aktif sehinggalah hari ini dengan nama baru iaitu 'Kelab Belia Rumpun Pewaris Bandar Sibu' dibawah kepimpinan Encik Abdul Hafiz, pengerusi RPS terkini.
Kini, bilangan ahli RPS telah mencecah keahlian seramai hampir 700 orang yang terdiri daripada belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun yang berasal/bermastautin di Sibu.
Program-program yang diadakan juga turut bertambah dengan program-program yang sinonim dengan RPS seperti:
Ramah Tamah Aidilfitri Belia (diadakan pada setiap tahun)
Insentif Pendidikan DUN N.55 Nangka
Program Tuisyen Laman Ilmu
Klinik Intensif Kecemerlangan SPM (KLIK_SPM)
Pertandingan Sukan Elektronik (E-sports)
Program Amal Kebajikan (penyerahan bantuan kebakaran, banjir dan sebagainya)
Semoga RPS dapat terus membangun demi kesejahteraan dan pembangunan belia-belia bukan sahaja di Sibu malah di seluruh Malaysia.
Ahli Jawatankuasa baru RPS ketika Majlis Ramah Tamah Aidilifitri 2025
Lambang RPS terkini
BURUNG ENGGANG
Kombinasi ejaan ‘RPS’ dalam huruf Jawi yang melambangkan keunikan budaya dan tradisi.
SAYAP DENGAN SLOGAN
Sayap burung enggang yang dihiasi slogan ‘Membina Masa Depan’ menunjukkan dedikasi dalam membentuk masa depan yang cerah untuk ahli serta memperkasakan perkembangan diri.
BENTUK HATI
Bentuk hati melambangkan cinta dan kasih sayang yang membakar semangat untuk bersatu dan usaha untuk menjadi lebih positif.
WARNA HITAM
Warna hitam melambangkan kekuatan, kestabilan dan professionalisme yang mencerminkan komitmen yang serius.
WARNA MERAH MARUN
Warna merah marun melambangkan keberanian, ketekunan dan semangat persatuan kami untuk mencapai matlamat dan impian.
WARNA EMAS
Warna emas melambangkan kejayaan, keagungan dan kecemerlangan dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
WARNA BIRU-HIJAU GELAP
Warna biru-hijau gelap melambangkan ketenangan dan rasa bangga akan budaya tempatan serta nilai dan identiti.