Insentif Pendidikan DUN N.55 Nangka merupakan satu inisiatif oleh YB Datuk Dr. Annuar Rapaee (ADUN N.55 Nangka) bagi membantu dan menggalakkan pelajar dari kawasan DUN Nangka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada pelajar tahun pertama pengajian bagi meringankan beban kewangan serta memberi dorongan kepada pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang lebih baik.
Insentif ini terbuka kepada pelajar tahun pertama yang telah menerima tawaran rasmi ke institusi pendidikan di peringkat:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
STPM
Asasi / Matrikulasi
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Sarjana (Master)
Doktor Falsafah (PhD)
Syarat kelayakan permohonan:
Pemohon atau ibu/bapa/penjaga merupakan penduduk dalam kawasan DUN N.55 Nangka
Telah menerima surat tawaran rasmi daripada institusi pendidikan yang diiktiraf
Permohonan dibuka sepanjang tahun, dan tarikh tutup adalah pada 31 Ogos setiap tahun.
Insentif ini mencerminkan usaha berterusan untuk memastikan pelajar dari DUN Nangka tidak tercicir daripada pendidikan tinggi hanya kerana kekangan kewangan, selaras dengan hasrat memperkasa modal insan tempatan.
Lokasi Pusat Khidmat DUN N.55 Nangka
Tarikh tutup permohonan adalah 31 Ogos 2025 (Ahad)
Langkah-Langkah Memohon Insentif Pendidikan DUN N.55 Nangka:
Isi Borang Permohonan.
Hantar salinan dokumen ke Pusat Khidmat DUN N.55 Nangka.
Tunggu makluman kelulusan yang akan dihantar melalui Whatsapp rasmi RPS.
UNTUK MENGISI BORANG, SILA KLIK LINK DI BAWAH:
➡️BORANG PERMOHONAN INSENTIF PENDIDIKAN
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
Surat Tawaran daripada Universiti / Kolej / Institusi
Salinan Akaun atau Penyata Bank Penerima
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
084-252757 (Pusat Khidmat DUN N.55 Nangka)