Klinik Intensif Kecemerlangan SPM 2025
KLIK_SPM'2025
KLIK_SPM'2025
Dimulakan pada tahun 2014, Klinik Intensif Kecemerlangan SPM (KLIK_SPM) merupakan program tuisyen percuma yang dikhaskan untuk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anjuran bersama dengan Persatuan Graduan Bumiputera (PGBS), program ini telah dijalankan pada tahun-tahun berikut; 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2022, 2023 dan 2024.
Silibus pengajaran KLIK_SPM merangkumi subjek aliran Sastera dan Sains seperti Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia dan sebagainya. Peserta dapat memperoleh tips serta teknik menjawab daripada guru-guru yang berpengalaman yang terdiri daripada guru-guru cemerlang di Sibu.
AKAN DATANG
Tarikh pendaftaran pelajar untuk sesi 2025 akan dimaklumkan kelak.
Sila layari media sosial kami untuk pengumuman dan maklumat terkini mengenai KLIK_SPM'25.